Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 10 Julai 2008

mengeraskan hati.


semalam tadi.......
dengan rasa kosong ini...
aku lepaskan kau pergi...

tiada lagi aku merayu-rayu..
meminta-minta seperti selalu..
tiada lagi kata-kata rajuk yang ingin dipujuk..
tiada lagi sindirsembilu dalam wasiatku..
untuk kamu..
seperti selalu yang aku lakukan..
meninggalkan kata-kata yang terkesan..
bagi kamu rasa bersalah..
tiap kali kamu mahu pergi dari aku..

perpisahan kali ini..
bukan lagi rasa marah..
kecewa seperti diperbodoh-bodohkan..
mahu menjerit sekelian alam..
memaki hamun nasib diri...

tidak lagi perasaan itu aku lalui..
setelah beberapa kali..
kita tempuh saat ini..

pasti kamu hairan kan?
kenapa aku begitu tenang..

yang keluar..
hanya kata-kata manis dari hati..
rasa-rasa indah yang pernah kita alami..
tentang kehidupan kamu..
yang akan ketiadaan aku lagi..
cuba merendam hati untuk memahami ..
dan menerima hakikat ini..
siapa aku untuk mempersoalkan..
tentang jalan takdir hubungan kita..
DIA yg maha mengetahui .. maha adil..
jadi layakkah aku untuk bertanya?
DIA yang memusingkan seluruh alam ini..
DIA yang memberikan rasa ini..
DIA maha adil..
kerna pernah memberi kita rasa ..
suke cinta rindu dan gembira ..
bila bersama..
kadangkale die menguji kita..
mahu lihat kita redha atau tidak ketentuanNYA..
dengan memberi sedikit rase
sedih sakit kecewa dan hampa..
aku percaya ini adalah salah satu ujian NYA..
aku mudah lupa..aku selalu terlupa..
betapa hinanya aku..betapa kejinya aku..
meminta-minta dariNYA ketabahan hati..
ketika rase sedih.kecewa dan hampa itu datang..
baru aku cari DIA..
setelah aku lupa DIA semasa aku gembira..

jadi layakkah aku soalkan?

mungkin ini jalan takdir kita..
setelah beberapa kali kita cuba..
bertahan dan cuba bertahan..

lari dari kenyataan hidup..
tentang pelbagai perbezaan..
mencipta alasan yang tak relevan..
untuk terus kita bertahan..

kamu kata kamu harus pergi..
kerana dirisendiri tak terjaga..
bagaimana mahu menjaga aku..
**klo aku kate aku tak kesah?
**klo aku kata aku tak perlu kau jaga cuma duduk sini setia cintakan aku cukup..
**aishhh..aku pasti kau takkan mahu..lelaki seperti kamu suka perpandangan jauh..
**memeningkan kepala awal2..kamu baru mahu bangun.aku tau.aku sanggup tunggu.
**tapi kamu masih kata benda yang sama..takut aku kecewa nanti..
**kecewa aku yg kamu pikirkan..jadi kamu?aku tahu kamu kecewa.aku benci kamu simpan begitu..
**kita masih ditahap ini cuma jalani saja ikut takdir apa yang ditentukan nanti susah sgtkah?
**sedang cinta masih kuat kamu mahu melepas tangan..
**sedang aku mendepang lengan kamu tolak aku jatuh kembali..
kamu pesan lagi..
jalani hidup dengan lebih baik lagi..
bagaimana?kan lebih indah jika kamu pun ada sama..
lihat saya hidup gembira di cinta kamu.dijaga kamu.dirindu kamu..

hurmmmm........bagi aku ruang bernafas...

kemungkinan terlalu selalu kau minta melepaskan tangan..

membuatkan aku dengan senyum kelat melepaskan gengam juga..
membuat-buat diri ini kuat dihadapan kamu..
tidak terasa dikecewakan kamu..
kerna aku tau kau lepaskan aku kerna kau cintakan aku..

semoga tuhan tak biar engkau sunyi..
semoga ada gadis hebat menemui kamu..
yang mampu mencintai kamu seperti aku..

aku pergi tanpa rasa dendam..
tanpa rasa sesal pernah memiliki kamu..
cuma kau mahu kau tau..
kau adakah yang terbaik pernah terjadi dalam hidupku..

terima kasih untuk kenangan selama 6 tahun lepas..

selamat tinggal.
cintaku.
kekasehku.
canduku.
dan sahabat jiwaku.

.pasti aku akan rindu kamu.

kenangan pinnshen.

Tiada ulasan: