Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Selasa, 19 Jun 2012

INFO TENTANG PERGERAKAN BAYI

SUMBER DARI BABYCENTER.

Apakah yang bayi dalam kandungan buat di dalam itu?

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750ml yang membolehkan bayi bergerak secara bebas.

Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.

Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.

Dalam lingkungan minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana tahu bila sudah tiba masa bersalin.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan

Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.)

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
  • Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks.
  • Halakan bunyi musik ke perut anda.
Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari.

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.

ubi sira gula kabung

Aku rase semua org pernah makan ubi sira gula.. heheehe ini semua penangan tengok masterchef selebriti ade satu hari tu chef ape ntah masak bende lain tapi aku terbayangkan ubi sira gula yang menyayat hati. haih.. aku tahan dari minggu lepas nak makan cuz isnin lepas kan aku check up jadi baru semalam la aku dapat makan hehehehe.

Jejaka idaman kesayangan aku ini jadi mangsa tukang kopek ubi sebab aku ngan baby yang nak makan jadi die la kene kopek.. sambil kopek die nyanyi ubi ohh ubii dok ulang nyanyi tu je..

tukang masak utama harusla org dibawah ini hihihi puan sam hehehe
sampai die pon heran slalu nye org ngidam skali skale ni aku tiap2 tiap minggu ade je bende di idamnye HAHAHAHAHAHA nasibla ibu..love u ibuu hehhee



tadaaaaaaa seksi kan? sila menangis secara berjemaah T____T ubi ni sebenarnye tak elok makan waktu mengandung cuz angin tapi teringin punye pasal hehehe tapi sampai ke malamla perot sebu bangun pagi pun sakit badan ngan letih yang keterlaluan mungkin disebabkan ubi oh ubi takpelaaa asalkan lepass ape yang diidam hehehehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

Stailista keluaran june 2012

If nampak majalah ni depan die gambar budak cantik dua orang ni korang beli yeeee heheheh sebab ada gambar aku dalam die HAHAHAHAHA dah membuyung barula keluar majalah pasal perkahwinan haih hehhehee takpe boleh simpan buat kenangan bagi tunjuk kat anak2 klo ade rezeki ke cucu2 nanti mungkin heheheh jauhh berangan ni.








Published with Blogger-droid v2.0.6

Isnin, 18 Jun 2012

scan 26minggu. hisap jari.





Alhamdulillah si anak sehat walafiat dan menunjuk perangai waktu doktor hamid scan perot aku petang tadi.
Memule doktor ukur kepala lepas tu die terus scan bahagian muke ngan badan mulenye si anak diam.aku tgk jantung die je yg berdup dap. Terlintas kat kepala.aku mane la.tangan si anak.ni..betul2 aku habis ckp die terus angkat tangan die masuk.dlm mulut..alahaiii terharu pun ade. Lapar agaknye yela appointment pukul 2.30 aku mmg saje taknak makan dulu cuz doktor sure nak check air kencingkan  tunggu punye tunggu giliran kiteorg pukul 4 haih mmg kebulur laa. Die hisap jari dia..nampak jelas lidah die.sesekali die mcm tersedu..
Doktor pon gelak tengok siap.cakap eh eh budak ni.dlm perot dah hisap jari..
Haih ape apela anak.asalkan sihat dan sempurna sifat.itu paling penting.
Kawankawan yang budiman doakan aku dan baby terus sehat ya...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Khamis, 14 Jun 2012

fesyen preggy versi 1

Sepanjang Preggy ibu org paling sebuk bab pakaian aku. die nak aku pakai yang elok2 sweet2 je time preggy ni. layankan je..die klo nampak aku pakai baju lama2 yg buruk2 die punye meleter haih sanggupla korang bogel time tu jugak hahaha .. kebanyakkan baju preggy aku mmg disponsor habis oleh ibu pakai duit ayah hahahaha (akukan pisau cukur korang jgn lupa bab tu) seperti yg sedia maklum semua baju mengandung payah nak cari yg fit-fit yg cantik nak di pakai. klo ade yg cantik sure sama ada tak muat atau terlalu overexposed seksinye.. jadi tiap kali ibu beli baju sure die outer tambah mcm2 aksesori tambahan. contoh paling baru baju bawah ni. baju ni dah 50% diubah suai oleh ibu. betul klo tidak baju ni omakk aii takut nak balik umah mentua seksi sangat hehehe

                     
             ibu pasang reben yang boleh direbenkan badan aku depan dan belakang canggihkannn



lengan baju pon ibu tambah jangan bagi nampak tiak yang cantik tu =_='


baju ni sebenarnye luas lehernye ibu outer kecikkan pastu ibu tambah butang bagi nampak cam comel comella pastu ibu tambah reben yg mcm aku cakap suke hati nak ikat blakang atau depan.

ok la sekian nanti aku upload lagi pasal baju eh eh. klo tak suke entry ni takpe aku nak simpan buat koleksi bile dah abes2 pantang bila anak dah lahir dah besar dah faham aku boleh tunjuk kat die betapa kreatifnye Onnie nye itu =)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 11 Jun 2012

majlis berendoi ratu mia laura


Semalam Majlis cukur jambul anak buah aku yang perempuan pulak. majlis yang meriah dengan makanannya dengan tukang endoi2 nye siap ade bawak alat musik jadi takdela mcm boring siap ada nyanyi2 =) sampai rase nak joget hahhaha

 
Pelamin Berendoi =)


Ibu dengan pengantin Ratu mia laura sian die baru baik dari kene chiken pop.. 




sanggup berdiri atas kusi semata2 nak nengok org berendoi hahaha dasar buyung tak sedar diri. ahahaah



Practice make Perfect right =) sabar ya abang ..



sesi membuli anak pakcik hahaha hi siti iqbal darwish =)

pengantin lenjan tido atas buaian yg disewa mahal hehee




Ahad, 10 Jun 2012

cukur jambul iqbal darwish

Majlis ni berlangsung dah dekat sebulan kot hahahaha aku baru bermood nak belog hari ni.. maafla ye.. budak kecik ni cousin aku mean bapak die yg pakcik akula.. ini aku nak share majlis berendoi pesen anak lelaki ya.. semua bende  dekorasi dieorg buat sendiri =)








comel kan anak cousin aku =) iqbal darwish nak dekat 5tahun pakcik aku tunggu untuk dapatkan dia... sangat sangat tabah.


Published with Blogger-droid v2.0.4