Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Selasa, 3 Julai 2012

fesyen preggy #2

versi baju di outer sekali lagi dengan ibunda hihihi sebenarnye baju ni takde lengan pastu ibuku yang over kreatif nye itu telah menyambung lengan dengan kain yg dirahsiakan dr mane dpt kain itu hahahaha tengok berlengan kan kan kan kan.

my ketua aku aka bapak angkat tiri hahaha aku 7bulan dan die berbulanbulan dah menampung perut cam gitu.. butak macam ayah aku jugak .. muhahaha die kate if die kawen awal maybe anak die sebaya ngan aku dah bercucu katenye... tapi pakcik itu terlewat kawen mcm2 cite die buat hehehee


cube teka kak fiza aka wan maimunah berapa bulan?? jeng jeng jeng hahahaa

boleh anda lihat berapa kati perot aku itu????? hahaha ini sebenarnye penimbang buku yang aku slalu gune utk timbang buku yg nak di pos. berakal jugakla boleh timbang perot rupenye hahahaa

dari mula mengandung klo ikotkan berat aku dah naik 12 kilo org kate normal doa2kan la aku dan baby sehat ya..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Ahad, 1 Julai 2012

POT LUCK OFIS

Minggu lepas kami buat makan2 masing masing bawak pot luck .. hehehe actually dah rancang lame berbulan bulan dah nak buat makan2 bahagian pemasaran cuz klo semua bahagian maybe lagi bertahunla nak merancang kan. ini majlis saje2 suke2 menjamu kawan2 makan. alang-alang dah buat makan2 camni ketua kate kite buat skali doa selamat buat semua terutama sekali aku (perasan hahaha) sempena masuk kandungan 7 bulan hihihihi.. tapi serius waktu musuh ketat aka abg zizul bacekan doa selamat sebut nama aku..terus cam sebakkk nape ntah maybe hormon ngandung..salahkan hormon.
ok aku pon naik heran nana ko marketing ke?? tapi mmg muke ni la yg paling awal duduk depan makanan ngan yg paling akhir skali abes makan muhahahaha buruk lantak ko nana.

mickey mouse nye mak pon ade duduk kat opis aku hahahaha same kan beliau dgn keturunan mickey mouse.. muhahahahaha mati aku kene jap lagi.
sang suami sang seisteri sedang memotong buah wahh bersungguh2 ye.



ikan kering yg en mun bawa dijemur dah 5 hari katenye.
sayur campur yang fais bawak nyumnyum
udang sambal versi kaka mickey mouse. muahhahaha
telor dadar versi di gedik nana.
ayam pencen masak kari. versi aku tapi ibu yang masak hihihi
papadom yug bukan budak ini yg bawak ye aku yg bawak.
buah2 an versi sesuami seisteri.


bukan abang hemran yang bace doa sile berhenti berlakon ye si buncit baju biru yg bace doa =)

nak dijadikan cerita kebetulan rupenye anniversary kawan ofis kaka situa kesayangan dan juga abg si buncit musuh ketat hahahaa buat majlis potong2 kek plak petang tu mewah makan satu hari hehehe alhamdulillah..
wahai si tua sekalian fasya doakan semoga dipanjangkan jodoh dan dikurniakan zuriat yg sehat mcm fasya hihihihi.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Ahad, 24 Jun 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN



 Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning ...si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

♥♥ Da habis baca, Jgn lupa tekan share ye.. sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut bby ♥♥
See More

Khamis, 21 Jun 2012

Gula-gula mengandung.

Inila rutin aku sejak mengandung lepas je sarapan ini adelah perkara wajib menyusun ubat yang satu tupperware tu kendian susun ikot kebesaran ubat. banyakkkkan?







Baguskan? beratur ikot barisan aku akan makan yg besar dulu barula yg cinonet cinonet tu huhuhuh kadang2 tercekik cekik nak telan . takpela demi anak.

Published with Blogger-droid v2.0.4

khasiat Buah Delima

Ini adelah serumpun buah delima =) sekarang mmg aku ketagih makan ini. buah mahal ini banyak khasiat nye untuk ibu mengandung. Kelmarin terbeli yg masam nampak mmg merah menyala isinya tapi masam tapi sedap hah camne tu.. sebijik RM12.00 besar puas makan. yg ini isi nye separuh lagi separuh aku dah bedal dulu..


Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.

Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Bagi ibu mengandung Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:
  • menghalang pembentukan sel kanser
  • mencantikkan kulit
  • mencegah dr nyanyuk
  • memberi tenaga
  • elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
  • elok utk sistem penghadaman
  • mengurangkan berat badan
  • prevent morning sickness( utk org mengandung)
  • memperelokkan rahim
  • dan lain-lain
Jadi bagi kawankawan kesayangan sekalian ya aku tahu buah ini agak mahal tapi untuk kesihatan baby dan juga mummy nye takpela melabur sikit untuk baby =).tak pon aku bg korang tips beli buah ni jgn kongsi ngan sape2 sure tahan seminggu hari2 makan suku dari pada buah tu =) selamat berjimat hehehehee

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 20 Jun 2012

kandungan berat dalam kandungan

selalu rasa heran kenape perot mcm terlalu besar.



1.Berat baby : 2.5 – 3.5 kg
2.Pertambahan berat payudara & punggung mamanye : 0.4 – 0.8kg
3.Pertambahan darah mummynye: 2 – 2.3 kg
4.Lemak mummynye: 2-3 kg
5.Pertambahan cecair badan mummynye : 0.5 – 1kg
6. Pertambahan berat rahim : 1 – 2.3 kg
7. Uri : 1 – 1.4 kg
8. Air ketuban : 1 – 1.4 kg

jadi tak perlu heranla kenape la perut besar sgt selamat ke baby if kita tertido terhimpit die ke ape ke kan. insyaallah selamat baby kan dlm kantung dan banyak bende dlm kantung tu skali utk lindung dia. =)


Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 19 Jun 2012

INFO TENTANG PERGERAKAN BAYI

SUMBER DARI BABYCENTER.

Apakah yang bayi dalam kandungan buat di dalam itu?

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750ml yang membolehkan bayi bergerak secara bebas.

Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.

Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.

Dalam lingkungan minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana tahu bila sudah tiba masa bersalin.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan

Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.)

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
  • Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks.
  • Halakan bunyi musik ke perut anda.
Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari.

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.