http://thedarlingmummy.blogspot.com/
http://thedarlingmummy.blogspot.com/
http://thedarlingmummy.blogspot.com/
http://thedarlingmummy.blogspot.com/
http://thedarlingmummy.blogspot.com/
http://thedarlingmummy.blogspot.com/
belog baru =0
Rabu, 2 Januari 2013
belog baru
assalammualaikum kawan-kawan sekalian. belog ini sudah berpindah ke link di bawah. jemput jenguk. ;)
http://www.thedarlingmummy.blogspot.com
Selasa, 18 Disember 2012
Pindah blog.
Aku ade masaalah nak login nuffnang.rase rugi sgt sgt uwaaaa nak menangesss.. nuffnang lupe password hmmm maybe lupe sbb klo org beranak kan byk urat putus hihihihi..salahkan urat pasal aku terlupe.. jadi daripada aku meroyan benda ni hari2..better aku beralih blog.. hmm mmg syg ngan blog ni tapi nak buat macam mane..
Belog baru belom buat nanti if ade mase terluang aku akan updated alamat belog baru.minta singgah ya kawan2.
Rabu, 12 Disember 2012
Jumaat, 28 September 2012
our lovely junior Fareeq Carl Amir
Alhamdulillah pada tarikh 13.September 2012 pukul 5.40 petang dihospital pantai Bangsar aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat walafiat dan sempurna sifatnya dilahirkan secara normal 3.15kg disambut oleh Dr Hamid Arshat..ku bersyukur kepada mu ya Allah..kepada semua kaum.keluarga rakan taulan yang mendoakan aku selamat..terima.kasih hanya Allah yg dpt membalas jasa kalian..
Pada usia 27 tahun..aku menjadi seorang ibu alhamdulillah..perasaan ini sukar nak dicerita kan.. kesimpulannya ingin aku ucapkan selamat datang ke dunia mata Panda buat diri sendiri dan mungkin juga penghuni rumah tok ayah nya.. setakat ni yang mandikan anak aku adelah onnienye (ibu aku)..sebab aku adelah zero tentang bayi..lembut sgt jadi aku takut hendak mandikan die.. terus terang baby sendiri adelah baby pertama yg aku pegang sendiri tanpa bantuan sesiapa pun..perasaan yg sgt sgt istimewa..rasa tak percaya pun iye jugak...suami pun sgt ringan tulang alhamdulillah setakat ni if anak shi shi or poo die yg bersihkan ..aku sebenarnye ade panjang lebar nak citekan kongsi same2 kawan2 tapi si baby sudah bangun mintak dilayan jadi lenakali yaa..
Published with Blogger-droid v2.0.8
Selasa, 28 Ogos 2012
Edisi raya 2012
Assalammualaikum
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua rerakan blogger dan pembaca belog aku =) dah seminggu lebih kita berayakan? hari aku baru berkesempatan dan kerajinan sikit nak hapdated belog.. almaklumla semua keje dah licin aku abeskan sempena nak cuti bersalin nanti..
raya tahun ni raya paling ringkas bagi aku sbb mood raya tak berapa nak ada lebih kepada mood nak bersalin je. sungguh baju raya aku cuma sehelai ini sahaja itu pun last minit punye beli bukan aku cari tau kebetulan pergi beli brg baby dkt bangsar then terjumpa baju ni kat kiosk butik Rania. then terkenan dihati alang2 buat la baju raya sekali. baju melayu suami pulak baju hantaran kami dulu purple kan jadi padanla. kenapa aku kata mcm tak raya sebab kiteorg berulang alik kg ke rumah selama 3hari tak dapat nak tido mane2 kg sbb aku dah sarat tak mampu nak tido bawah. katil pon sgt memilih hehehe.badan dah mcm ni jadi terpaksa la semua org pon buat2 faham hehehe.
anda boleh lihat sendiri betapa besarnye perot aku tiap kali aku jumpe org sure ingat aku preggy kembar.klo betul alhamdulillah tapi tiap kali aku scan mmg seorang sahaja yg dikesan.mmg pesen aku perut besar jadi terimala seadanya.
ibu aku adelah org paling bersusah payah membuat segala persediaan baby.. semua nak dijahitnye.
ini si getam adik aku dan bakal ku ketuk duitnye tuk beli menan anak aku nanti hehehe
love this 3 guy. a lot
ini adelah edisi riang ria bersama makcik suami then 2 org adik ipar aku.
Raya tahun lepas aku sambut berdua untuk pertama kali tahun ni aku sambut bertiga setengah hehehe.. ape yg tak seronoknya tahun ini aku ditimpa sakit gatal2 yg keterlaluan. tak taula dapat dari mana seminggu deritanya pergi hospital doktor pun bising kenapa lambat dtg die inject ngan bagi ubat gatal..org tua2 kata dah nak bersalin lagi satu pembawakan budak mmg macam-macam boleh jadi.aku tak risau ttg aku tapi aku risau yg dlm ni takut apa-apa yg tak diingini jangkit dengan die skali.tapi sbb ramai yg nasihat dan tenangkan aku jadi aku kene positif baby takde apa-apa ini cuma pembawakan budak sahaja..skrg alhamdulillah kurang dah gatalnya cuma tinggal bekas-bekas luka sahaja aku harap kawan-kawan doakan kesihatan aku ya. ;') ... menjadi bakal ibu buat aku banyak berubah perasaan tu lebih kepada sensitif dari biasa.sekian itu sahaja nanti kite cite lagi ttg perasaan ya.
Published with Blogger-droid v2.0.6
Langgan:
Catatan (Atom)


















