Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ahad, 20 Februari 2011

DOA UTK MENGANDONG.


Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
1) Amalan pertama :-
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh,
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

2) Amalan kedua :-

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

3) Baca (Robbi habli milladun ka zurriatin toiyibah, innakasami ‘uddoa) tiap2 kali lepas solat fardhu (time berdoa)..

NOTA KAKI: ini adelah doa yg diberi oleh salah sorang kawan baik aku Nurul Akmar Abd Razak. aka chukie aka mia bebel hahhahaha..die seorang ibu mengandong anak sulung skrg setelah sepuluh bulan kawen =)..so tips ni aku share skali ngan semua org biar ramai2 semua pun beranak hahahahaahaha
die sempat selitkan ini kat ym aku hahaha

p/s from MIA :* ni doa nabi yahya@zakaria yang belum dikurniakan anak walaupun dia dia dh lanjut umur..(nnti aku check ye..nabi mane..hehe..lupe daa..tp doanya betul..sbb aku baca tiap2 hari..ko try la..insyaallah..suh suami baca doa ni pon bagus..)


I LOVE YOU KMAR MIA CHUCKIE BEBEL


Tiada ulasan: