Seperti yang kita tahu berita yang paling menyayat hati dalam minggu ni ialah berita tentang tanah runtuh yang menimpa rumah anak-anak yatim dekat hulu langat.
AL-FATIHAH buat mangsa dan juga takziah buat ahli keluarga mangsa.
disini aku nak share satu surat yang aku jumpa dekat mane pun aku dah lupe tapi sangat sangat buat aku rase tersentap.sang penulis surat ni cuba tuk selami hati mangsa dan meletakkan dirinya sebagai mangsa kejadian..
Barangkali mak atau abah terasa bersalah menitipkan kami dirumah anak yatim madrasah At Thaqwa Ulu langat ini.
Mak atau abah mungkin tak habis2 menyalahkan diri kerana menitipkan kami disini, maka adanya diantara kami telah terkorban ditimbus hidup oleh tanah, bukan tanah kubur tetapi tanah merah dari bukit yang menobrak bangunan tempat tinggal kami ini.
Takpa mak! takpa abah, kami rela tinggal disini, tiada siapa yang salah diantara kita. Kami faham mak!, kami faham abah! bukan niat mak atau abah sengaja meminggirkan kami dari teman2 disekeliling rumah kita. Disini juga kami gembira, kami seronok dengan teman2 yang senasib dengan kami.
Disini kami diajar mengenal Allah, mengenal solat dan ibadat, disini kami sedang menuju mengenal erti kehidupan qhada dan qadar yang ditentukan oleh Allah seru sekelian alam. Terima kasih mak atau abah kerana menitipkan kami disini..
Mak atau abah juga tentu faham bahawa kehidupan mak atau abah juga adalah qada dan qadar allah. kerana qadha dan qadar Allah yang terpaksa mak atau abah harungilah, maka mak atau abah dengan berat rasa dan pilu hati mak menitipkan kami disini. Takpa takpa mak atau abah!. Allah lebih menyayangi kami dari mak atau abah…
Pada jiwarasa mak atau abah berkecai luluhnya menggambarkan jasad kurus kecil kami diheret timbunan tanah yang menimbus seluruh jasad kami, pastinya lemas itu lebih menyiksa dan memedihkan setiap rongga ruang nafas untuk kami meyedut udara menghindar maut, kami berjuang dengan sakaratul dengan segala kudrat yang ada demi untuk melindungi ruh milik allah ini.. itu lah meruntun jiwa mak atau abah yang membayangkan kami yang sedang berjuang dengan maut.
Tapi mak atau abah sebenarnya kami diiringi dengan malaikat selain dari kiraman dan katibin, bersama kami ada malaikat izrael yang menentukan siapa diantara kami yang akan syahid dan bakal hidup untuk melanjutkan qadha dan qadarnya…
Mak atau abah! yatimnya kami disini bukan kehendak kamu. Kami yatim yang cacat dalam hukum berkeluarga ini, adalah kehendak Allah. Kita semua milik Allah. Alam semesta ini juga milik Allah. Jika ada diantara kami mendahului dijemput Allah. Redhalah… mak atau abah. Kita sewajibnya bersyukur dan lebih mendekatkan diri kepada tuhan yang esa ini, tanpa nikmat pemberian ruh keatas kita ini, tentu kita tiada pertalian kasih sayang antara ibu atau bapa…
Ibu atau Ayah! kami menunggumu di Jannatul Firdaus syurga allah yang nikmatnya tidak terhitung dan terkira agung dan luasnya….
p/s: sedih moga-moga roh nya dicucuri rahmat. amin .bagi aku mungkin surat ini bagi melegakan sedikit sesak sedih dan pilu buat keluarga yang kehilangan ahli nya akibat kejadian tanah runtuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan