Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label petua.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua.. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Mei 2009

petua melembabkan kulit.

aku dapat petua menegangkan kulit pulak..
cam sonang joo..

Langkah melembapkan kulit muka:

1. Ambil sebiji mentimun dan dibuang kulitnya.
2. Potong halus-halus dan ramas hingga berair.
3. Sapukan air mentimun tersebut pada muka. Biarkan selama 20 minit.
4. Selepas 20 minit, cuci muka dengan air bersih.
5. Keringkan muka dengan tuala lembut.
6. Amalkannya tiga kali dalam seminggu.

Selain melembapkan kulit muka, mentimun ni juga ada khasiat lain.Mentimun yang dikisar dan ditambah dengan sedikit gula boleh dijadikan sebagai minuman untuk menurunkan berat badan dan menghilangkan panas badan.

p/s:pasal berat badan aku mesti tak tinggal muhahahha

Jumaat, 15 Mei 2009

petua kuruskan badan.part 3.

pasal kurus lagi ehehehe
banyak-banyak petua yang aku dengar..
petua yg ni org kate mujarab sekali..
buah delima..
tapi aku nak buat sekarang pun bukan musim buah die.
dah lar mahal huh!


Caranya seperti berikut;

1. Ambil sebiji buah delima muda dan kikis kulitnya.

2. Kisar buah delima tadi dengan setengah gelas air dan tambahkan secubit garam.

3. Kemudian, tapis air delima tersebut dan sejukkannya dalam peti sejuk.

4. Amalkan meminum air delima ini 1 minggu sekali selepas makan tengahari

tapi yang abg kat opis aku ni ajar pulak tak payah tambah garam.
kulit buah delima tu rebus pastu tapis airnye tu simpan dlm peti es. minum tiap pagi secawan..
aku bagai nak gile carik buah delima tu..
hangsuar betul bukan musim die patut lar takde!

petua kuruskan badan.part 2.


Caranya adalah dengan meminum air asam jawa. Mula-mula, anda ambil sebuku asam jawa.
Kemudian, ramas asam jawa tadi dengan segelas air putih dan sejukkannya di dalam peti sejuk.

Seterusnya, selepas anda makan tengahari atau malam, minumlah air asam jawa tadi. Amalkan meminumnya setiap hari secara konsisten. Mudah-mudahan anda berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur dan selamat.


p/s:aku mmg nak cube yg ni doa-doakan aku eh eheheh

petua kuruskan badan.part 1.

sejak kebelakangan ni aku sebuk nak turunkan berat badan.
ari2 buat sit up sampai tegang perut aku ni sakit pinggang..
dah tak mau makan ubat doktor cuz if makan ubat doktor mmg lar cepat turun tapi..
banyak kesan-kesan lain nyer..
so sekarang disamping senaman aku pun mencarilar petua-petua kampung..
ari-ari dok searching internet ngan buku..
tanye-tanye orang..
ni aku nak share satu petua yang aku dpt dekat 1 laman web..





Tajuk: Petua untuk kuruskan badan & kempiskan perot.


1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik

itu yang aku dapat kat web..
aku ingatlar kan nak cube yang limau nipis tanpe gula tu..
sebab aku dengar limau nipis ni banyak khasiat die..
lepas ni mati lar lemak2 yaang ade dalam badan aku ni muhahahah
aku pun nak try yg no 3 tu ngak..
tapi takde ke petua2 yang mengecilkan lengan ke? peha ke? yang buat untuk sapu2..
aku crk tak jumpe pulak. so if ade korang petua share ngan aku eh =)
Usaha tangga kejayaan kan? jom kita usaha sama-sama ehehehe