Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Selasa, 21 Jun 2011

Wordless Wednesday#1

maksudnye:setiap hari rabu sang blogger cume perlu hantar gmbr sahaja tanpa tulis apa2 pun biar gmbr explain semuanye.sekian




- Posted using BlogPress from my iPhone

Jumaat, 17 Jun 2011

Ralman Amir




semoga segala procedure hari ini berjalan lancar ayah.


ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya kau maha mendengar,
maha memahami,maha pengasih,maha penyayang..
dengarlah rintihan hambamu yang hina ini..sembuhkan lah ayah.berikanla die kesihatan yang baik..

amin


yg amat amat berharap.
hambamu.


p/s: sy sgt sgt beruntung.kerna sy ade ayah yg terbaik.sgt tyco sgt cool. syg ayah sungguh2.ayah kuat harus kuat!kuat!kuat!
- Posted using BlogPress from my iPhone

Rabu, 15 Jun 2011

edisi sentap




sentap hati mak ni nok.semoga semua org berbahagia jalani hidup hidup mereka dengan aman makmur nye. jika anda anda sekali masih terase hati atau tersentap di atas segala ape yg pernah sy janjikan sy mohon seriburibu ribu kemaafan.

makluman sy manusia biasa pernah muda dan akal tak berapa panjang mungkin ketika itu hanya tau berjanji.kalian harus tahu kita hanya merancang akan tetapi hanya DIA yang menentukan.

sekian edisi sentap sy.

happy birthday buat semua org dan ini



anak buah sy yg lahir semalam comelkan?kenape kau tak lahir hari ni kan ke tarikh lagi cantik 16.6.2011 :) (ai td kau yg beria ckp takdir tuhan semua2) ehehe lahir pukul 3pagi berat 3 kilo anak ke 3 pulak sungguh ke 3 kau ye .tarikhlahir die 15.6.2011 ..sungguh hensem.

sekian.

Isnin, 13 Jun 2011

rimau bersantai

hujung minggu yang lalu..bawak momoy tgk cite hantu..eh eh kau kenape ca?



motif utama die posing macam ni aku tak dapat nak kesan sawan ape die tetibe duduk depan aku mcm ni.




dah macam tugu singa yg kat sunway pyramid dah aku tgk mohd momoy ni.



die spesis kucing pengeli.geli nak jalan atas rumput geli nak jalan atas air geli segalagalanye.



aktiviti mencium segala bau daun.bagus mohd momoy ni.sat g ko tgk die buat ape kat pokok2 ibu aku ni.



die makan tanpe belas ikhsan.sian pokok ibu patutla mati diseparuh jalan tak pernah subur pun.









sedap ko posing kan mok?pastu ko masuk rumah abes segala binatang ikut kau lekat2 kat bulu tu.segala sampah pun ade huh!



blagak sungguh bile die dpt keluar..



ni diwaktu aku ajak die masuk rumah cuz dah magrib takut kene sampuk plak ko ni mohd momoy.



die buat tak layan siap paling muke lagi.tp kan gambar ni aku tgk mohd momoy ni dah mcm sugar glider dah ha aha ha



;) sekian berita ttg gemok itu.post ni diminta oleh kengkawan yg rindu akan si demok ini ;)



meoww meowww

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ahad, 29 Mei 2011

Isnin, 23 Mei 2011

nora elena




kita patut kahwin dengan orang yang sayangkan kita bukan dengan orang yang kita sayang lebih lebih sedangkan kasih sayang dia terhadap kita tak entah macam mana.-petikan dari drama nora elena.

betulbetul setuju 100% hahahaha sebab aku dah pun mengalaminya.jika mahu bahagia ikut gerak hati dan logik jangan ikut perasaan .jangan tangguh2 dan sedapkan hati sendiri cakap takpe2 lepas kawen confirm berubah or takpe takpe asalkan die syg aku cukup.asalkan die ade dengan aku sentiase.

kawan kawan dengar sini semasa bercinta lagi dah berbaldi baldi si dia buat kamu menangis merana memujuk hati sendiri inikan pula lepas kawen.sudah menjadi hak dan sudah tentu2 si dia tau yg kamu takkan lari kemana mana.

ini cuma nasihat dan pandangan dari sisi mata aku.tak tahu pulak kalau korang tak sependapat dengan aku.aku just suke lihat org bahagia..semua org bahagia.aku pun tumpang bahagia.

cukup.

i love u farridh .
always .

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ahad, 22 Mei 2011

AL-FATIHAH surat buat ibu bapa kejadian tanah runtuh.

Seperti yang kita tahu berita yang paling menyayat hati dalam minggu ni ialah berita tentang tanah runtuh yang menimpa rumah anak-anak yatim dekat hulu langat.

AL-FATIHAH buat mangsa dan juga takziah buat ahli keluarga mangsa.

disini aku nak share satu surat yang aku jumpa dekat mane pun aku dah lupe tapi sangat sangat buat aku rase tersentap.sang penulis surat ni cuba tuk selami hati mangsa dan meletakkan dirinya sebagai mangsa kejadian..

Barangkali mak atau abah terasa bersalah menitipkan kami dirumah anak yatim madrasah At Thaqwa Ulu langat ini.
Mak atau abah mungkin tak habis2 menyalahkan diri kerana menitipkan kami disini, maka adanya diantara kami telah terkorban ditimbus hidup oleh tanah, bukan tanah kubur tetapi tanah merah dari bukit yang menobrak bangunan tempat tinggal kami ini.

Takpa mak! takpa abah, kami rela tinggal disini, tiada siapa yang salah diantara kita. Kami faham mak!, kami faham abah! bukan niat mak atau abah sengaja meminggirkan kami dari teman2 disekeliling rumah kita. Disini juga kami gembira, kami seronok dengan teman2 yang senasib dengan kami.

Disini kami diajar mengenal Allah, mengenal solat dan ibadat, disini kami sedang menuju mengenal erti kehidupan qhada dan qadar yang ditentukan oleh Allah seru sekelian alam. Terima kasih mak atau abah kerana menitipkan kami disini..

Mak atau abah juga tentu faham bahawa kehidupan mak atau abah juga adalah qada dan qadar allah. kerana qadha dan qadar Allah yang terpaksa mak atau abah harungilah, maka mak atau abah dengan berat rasa dan pilu hati mak menitipkan kami disini. Takpa takpa mak atau abah!. Allah lebih menyayangi kami dari mak atau abah…

Pada jiwarasa mak atau abah berkecai luluhnya menggambarkan jasad kurus kecil kami diheret timbunan tanah yang menimbus seluruh jasad kami, pastinya lemas itu lebih menyiksa dan memedihkan setiap rongga ruang nafas untuk kami meyedut udara menghindar maut, kami berjuang dengan sakaratul dengan segala kudrat yang ada demi untuk melindungi ruh milik allah ini.. itu lah meruntun jiwa mak atau abah yang membayangkan kami yang sedang berjuang dengan maut.

Tapi mak atau abah sebenarnya kami diiringi dengan malaikat selain dari kiraman dan katibin, bersama kami ada malaikat izrael yang menentukan siapa diantara kami yang akan syahid dan bakal hidup untuk melanjutkan qadha dan qadarnya…

Mak atau abah! yatimnya kami disini bukan kehendak kamu. Kami yatim yang cacat dalam hukum berkeluarga ini, adalah kehendak Allah. Kita semua milik Allah. Alam semesta ini juga milik Allah. Jika ada diantara kami mendahului dijemput Allah. Redhalah… mak atau abah. Kita sewajibnya bersyukur dan lebih mendekatkan diri kepada tuhan yang esa ini, tanpa nikmat pemberian ruh keatas kita ini, tentu kita tiada pertalian kasih sayang antara ibu atau bapa…

Ibu atau Ayah! kami menunggumu di Jannatul Firdaus syurga allah yang nikmatnya tidak terhitung dan terkira agung dan luasnya….

p/s: sedih moga-moga roh nya dicucuri rahmat. amin .bagi aku mungkin surat ini bagi melegakan sedikit sesak sedih dan pilu buat keluarga yang kehilangan ahli nya akibat kejadian tanah runtuh.