Apakah Kurang Darah?
Kurang Darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa.Dalam istlah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus Haemoglobin.
Apakah yang menyebabkan Kurang Darah?
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
Kurang memakan makanan yang lazat dan yang mengandungi zat besi
Ibu yang kerap bersalin
Jangkitan cacing
Pendarahan dari faraj atau buasir
Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing ,penyakit limpa, demam malaria
dan penyakit barah.
Bagaimana seseorang tahu ia yang mengidap Kurang Darah?
Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah :-
Kelihatan pucat
Sentiasa rasa letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah
Rasa mahu pitam bila bangun
Sentiasa rasa pening
Bengkak kaki dan muka
Kebas kaki dan tangan
Rasa mengah dan hati berdebar-debar
Bagaimana Kurang Darah boleh dikesan?
Keadaan ini dapat dikesan awal jika puan datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja puan mengetahui yang puan mengandung
Semasa pemeriksaan , jururawat akan menguji setitik darah dari jari puan.
Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah puan kurang dari 9 gm peratus , puan dianggap mengalami kurang darah.
Apakah akibatnya apabila Kurang Darah ini tidak diambil berat?
Puan mungkin mengalami keguguran
Melahirkan anak tidak cukup bulan
Anak mati dalam perut
Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
Puan mudah mendapat jangkitan penyakit
Keluaran susu badan akan berkurangan
Puan mudah mendapat penyakit lemah jantung
Puan mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan puan serta kandungan puan dan boleh membawa MAUT
Bagaimanakah puan boleh mengatasi keadaan Kurang Darah ini?
Puan harus mengambil langkah-langkah berikut:-
Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit
Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian,telur,ikan basah,daging hati,kerang dan tauhu.
Rehat dengan cukup
Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila puan mengalami tanda-tanda kurang darah.
Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
NOTAKAKI; aku adelah si kurang darah merah. =(
2 ulasan:
rupenye klau kite kurang darah merah, sgt bahay utk baby dlm perut.. warning utk ibu mengandung..
seramkan?
Catat Ulasan