Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ahad, 8 April 2012

#sebaran AM- Fenomena Laut Merah.




Subject: Fenomena Air Laut Berwarna Merah

Assalamualaikum.. Ketika ini, Jabatan Perikanan Sabah memaklumkan kejadian Air Merah /Red Tiede di perairan laut Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokaliti berhampiran. Semua jenis kerang (tiram, dalus, remis dll) serta ikan palagik (tamban, basung, dll) adalah tidak selamat dimakan buat semantara waktu. Namun ikan laut dalam, udang, ketam dan sotong selamat dimakan tetapi insang dan organ dalam perlu dibuang serta dicuci sebelum di masak. Red tide yang berlaku di pantai barat Sabah ini berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton dinoflagellate di dalam air laut. Orang ramai juga perlu berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar. Kajian yang dijalankan mendapati kandungan toksin pada kerang seperti kupang, tiram dan lain-lain makanan siput laut meningkat. "Kandungan toksin ini boleh menyebabkan keracunan makanan laut itu akan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang membahayakan kepada kesihatan., Kesan awal akibat memakan makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa loya, kebas, pening dan sakit kepala. sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin di pusat kesihatan berhampiran. Phytoplankton atau alga ialah sejenis tumbuhan laut satu sel yang sangat halus. Ia menjadi makanan kepada pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan dan kerang-kerangan.Walaupun terdapat beribu-ribu spesies phytoplankton, hanya lebih kurang 100 spesies boleh mendatangkan keracunan. Perubahan cuaca, pertukaran arus, peningkatan aliran sungai ke laut, penggunaan baja berlebihan dan peningkatan aliran kumbahan boleh menyebabkan harmful algal bloom (HAB) atau pertumbuhan pesat phytoplankton yang mengandungi toksin berlaku. Faktor-faktor ini akan menyebabkan peningkatan nutrien dalam air. Pertukaran suhu juga dikesan dapat menggalakkan pertumbuhan phytoplankton. HAB berlaku apabila jumlah phytoplankton meningkat melebihi 10,000 sel setiap liter air laut. Kadangkala fenomena HAB menyebabkan air laut bertukar warna menjadi merah-coklat.


p/s: untuk tahun ni aku bedal semua makanan darat jela..selamat pun selamat...ade chance nak makan stik arini..huhihuhi

Rabu, 4 April 2012

Mine versi jiwang.



























 Jujur aku cakap perasaan cinta pada suami datang selepas kami di ijabkabulkan..sebelum ini aku hanya sekadar suka sebab dia kawan lelaki yang paling baik aku pernah ada. dia lelaki yang cinta kan aku bertahun-tahun dan sangat sabar dengan aku juga bertahun-tahun.dia pernah bersama dengan orang lain tapi percaya atau tidak dia sentiasa ingat aku.ini bukan dari mulut dia yaa ini dari orang lain yang pernah berkawan dengan dia.orang lain itu kata jika dia dengan mane2 perempuan lain pun die tetap ingat aku. mungkin ini dikatakan jodoh.
bagi pihak aku pulak dari dulu aku selalu tolak dia..sebab dia terlalu baik. aku takut dengan lelaki baik. pelik bukan?sebab rasa macam aku tak layak untuk lelaki sebaik dia.tapi dia tak pernah putus asa tak pernah sekali pun marah dengan apa aku buat dekat dia.
akan tetapi Allah itu maha adil .. dia jodohkan kita dari usia kita 4 bulan dalam kandungan ibu.

aku bertuah bersuami kan dia. dia terima segala buruk baik aku. cuba adakan yang terbaik buat aku. dan rasa sayang dia dekat aku tu sentiasa aku rasa. aku tahu dia sayang aku bertahun-tahun.

dan jujur sejujurnya cara dia layan aku buat aku rasa paling istimewa di mata dia. ini bukan ayat bodek ini luahan aku (if korang rase nak muntah g click page lain)..

dan demi Allah.. aku sangat cintakan Mohd Farridh ..seikhlas-ikhlas hati aku. hanya cintakan die sorang..

ikhlas,
faisyariza.

p..s: aku bukan la jiwang punye kaki.suami pon selalu kate aku ni kayu takde perasaan.mungkin ini lahir sebab hormon mengandung jadi salahkan hormon mengandung aku ni hahahaha.

Selasa, 3 April 2012

wordless wednesday


15 minggu. hi anak.. semoga sehat selalu ya sayang.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, 1 April 2012

kandungan 15 minggu

I love u baby.


Published with Blogger-droid v2.0.4