Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 15 Mei 2009

petua kuruskan badan.part 1.

sejak kebelakangan ni aku sebuk nak turunkan berat badan.
ari2 buat sit up sampai tegang perut aku ni sakit pinggang..
dah tak mau makan ubat doktor cuz if makan ubat doktor mmg lar cepat turun tapi..
banyak kesan-kesan lain nyer..
so sekarang disamping senaman aku pun mencarilar petua-petua kampung..
ari-ari dok searching internet ngan buku..
tanye-tanye orang..
ni aku nak share satu petua yang aku dpt dekat 1 laman web..





Tajuk: Petua untuk kuruskan badan & kempiskan perot.


1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik

itu yang aku dapat kat web..
aku ingatlar kan nak cube yang limau nipis tanpe gula tu..
sebab aku dengar limau nipis ni banyak khasiat die..
lepas ni mati lar lemak2 yaang ade dalam badan aku ni muhahahah
aku pun nak try yg no 3 tu ngak..
tapi takde ke petua2 yang mengecilkan lengan ke? peha ke? yang buat untuk sapu2..
aku crk tak jumpe pulak. so if ade korang petua share ngan aku eh =)
Usaha tangga kejayaan kan? jom kita usaha sama-sama ehehehe

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau petua yg guna kapur sireh tu mak sy kata pns pstu bila kering rasa gatl..kalu takut nk mnggaru..lps sapu trus pakai bengkung..