Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ahad, 31 Januari 2010

Puisi Halus Kepada Isteri Untuk Kahwin Lagi



Isteriku,
Jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang2 bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu!!!
Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain.
 


*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu.
AKAN TETAPIIIIIIII!!!
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang2 pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti.
Cuba lihat siapa dirimu.
MATAHARI atau lilin?
atau jangan2 cuma mancis saja!!!!!?
please lah....!!!
jangan la nak berangan!!
ps: if aku lar terus bom laki aku tu ahahahaha

Khamis, 21 Januari 2010

lebih kurang






























p/s:ahahaaaa aku gelak guling tengok gambar-gambar ni.,...bodo tau saje je buat aku sakit perot..

Rabu, 13 Januari 2010

azam Terlewat




Tetiap tahun wajib aku sedia 10 azam tapi kali ni aku nak buat azam lain sket..aku buat 1 azam jer ..sbb benda ni satu je buat ubah semua jadi senang muhahahaha




1) Kuruskan badan (muhahaha aku tau ni mmg wajib tetiap ade tak pernah miss azam ni cuma taun ni die bertarikh luput..iaitu sebelom bulan 5 hihihihi gedik!)___ini WAJIB____

selamat tahun baru





ya aku tahu lambat gile aku nak wishkan?? ahahaha dah nak masuk bulan kedua dah ekekeke tapi aku tak pedulik mood nak berbellooog ni baru je maiii...sorry ye kengkawan ku yang cun sket dari aku muhhahahaha




4reason kenape aku lama tergantung tak berbelog?






  1. malas (0_o) k itu mmg sifat semulajadi aku..




  2. sibuk (^6^) yg ni serius sibuk memacam yang sibuk nye..betul arrr.




  3. sakit (*,*) pentipu than marah tauuu...




  4. Lazy (O,O) eh same maksudlar ngan yg atas tu ehehehehe hakikatnye ini lar sebenar2 nye..ssyyhhhh jgn marah naa eekekekee


sepanjang beberape bulan aku tak berbelog ni bermacam benda yang jadi kat life aku yang best..yang tak besttt.. yang best .. yang tak bestt.. deeyyyy brape kali nak ulang ni???sori kengkawan pepagi tadi saya terlebih makan gula tu pasal ar endhorphin saya terbuka..erkk ade kene mengene ke???? k fasya tarik nafas...hembus pelan-pelan..cakap slow2 jgn lelaju nanti semput ehehehehehe...



last entry aku tulis pasal perpisahan terakhir dengan seseorg yang aku kenal sejak 2003..tapi sebelom tu aku berenti berbelog bulan 6 tahun lepas..yaallah punye pemalas nauzubillah anak pakcik ralman ni aduyaiii...



aku nak kongsi 10 benda yg terjadi 2009.




  1. januari aku berumur 24 tahun


  2. bulan 3 seseorang itu excident


  3. merancang untuk bertunang dengan seseorang


  4. bulan 6 aku pindah masuk tempat baru yeayyy tapi xpayah yeay sgt lar..tapi alhamdulillah dapat keje tetap..


  5. bulan 7 kami bergado terus putus aku give up n fed up


  6. bulan 8 kenal seseorang yang lain.


  7. 9 dirisik orang


  8. complicated mcm2 benda.


  9. still complicated


  10. aku dipinang orang.

p/s: tahun 2009 adalah tahun yang paling banyak drama dlm idup aku sepanjang 24 tahun aku hidup..banyak berlaku yang cepat n tiba-tiba benda tu berlaku..seperti yang selalu orang cakap jodoh itu di atangan tuhan kita hanya mampu merancang..


macam aku setia ngan seseorang dekat 7 tahun bertahan macam2 dugaan tapi sekejap je seseorang yang lain datang hati aku terus berubah...manusia senang sangat berubah..jangan salahkan aku kerna kamu yang tidak tahu menjaga aku.. =)








Ahad, 10 Januari 2010

titik tamat.


curang.

jalang.

penipu.

semua tu buat aku
istimewa dari kamu


terima kasih.



'dulu beriya-riya mahu bila dah jadi macam ni tinggal mcm tu je'

"jahatnye ko ni"

"perempuan kejam"


ini telinga aku tanggung ucapan ikhlas
buat aku dari orang keliling kamu dan juga aku..


terima kasih sekali lagi..



aku telan semua kata-kata orang kepada aku.


hati aku?
perasaan aku?



tidak mengapa aku sudah biase sakit mcm ni..
kamu pun sedia maklumkan..


bertahun-tahun
menjadi pesakit tegar tentang
cinta..

yang peliknya pada orang yang sama..

hanya kamu saja yang mampu buat aku nangis..
ya tahniah kamu mmg juaranya..

berkali-kali bukan?

cuma mungkin dah terlalu imun dengan sakit cinta ni..
buat aku muak untuk teruskan rase sakit ni..

maaf dengan apa yang mahu aku sampaikan ini..


bosan bukan bila asyik kita disalahkan?

bosan bukan bila tiap kali bermasaalah kamu hilang mcm tu je..

bosan bukan dilabelkan layak dan tidak layak?

bosan bosan bosan bosan..



kesimpulan aku bosan kamu tak pernah berubah..


mungkin banyak sangat hati ni pendam ..
terlalu lama bersabar..
luka tu makin dalam..
luka tu makin besar..
mungkin silap kamu kali ini kecil..
tapi hati aku dah tak mampu nak terima..



maaf maaf maaf maaf maaf maaf
maaf maaf maaf maaf maaf maaf



aku cuma manusia biasa
yang ada tahap kesabarannya
aku dah tidak mampu..
dengan rela aku lepaskan....
apa yang terjadi antara kita..
siapa punca siapa salah siapa benar.
cuma aku dan kamu sahaja yang tahu..
cukuplah sudah tidak penting bukan?
aku dengan kehidupan aku...
begitu juga kamu..
aku mohon kamu juga lepaskan aku secara rela..
moga kamu juga hidup baik baik..
aku sentiasa doakan yang terbaik buat kamu..
jaga diri maaf jodoh kita cuma setakat ini..
kita hanya merancang tuhan yang menetukan..
selamat tinggal mr Shen.
p/s:please stop asking about him.