Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Selasa, 28 Ogos 2012

Edisi raya 2012

Assalammualaikum
 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua rerakan blogger dan pembaca belog aku =) dah seminggu lebih kita berayakan? hari aku baru berkesempatan dan kerajinan sikit nak hapdated belog.. almaklumla semua keje dah licin aku abeskan sempena nak cuti bersalin nanti..
raya tahun ni raya paling ringkas bagi aku sbb mood raya tak berapa nak ada lebih kepada mood nak bersalin je. sungguh baju raya aku cuma sehelai ini sahaja itu pun last minit punye beli bukan aku cari tau kebetulan pergi beli brg baby dkt bangsar then terjumpa baju ni kat kiosk butik Rania. then terkenan dihati alang2 buat la baju raya sekali. baju melayu suami pulak baju hantaran kami dulu purple kan jadi padanla. kenapa aku kata mcm tak raya sebab kiteorg berulang alik kg ke rumah selama 3hari tak dapat nak tido mane2 kg sbb aku dah sarat tak mampu nak tido bawah. katil pon sgt memilih hehehe.badan dah mcm ni jadi terpaksa la semua org pon buat2 faham hehehe.

 anda boleh lihat sendiri betapa besarnye perot aku tiap kali aku jumpe org sure ingat aku preggy kembar.klo betul alhamdulillah tapi tiap kali aku scan mmg seorang sahaja yg dikesan.mmg pesen aku perut besar jadi terimala seadanya.
ibu aku adelah org paling bersusah payah membuat segala persediaan baby.. semua nak dijahitnye.
ini si getam adik aku dan bakal ku ketuk duitnye tuk beli menan anak aku nanti hehehe


love this 3 guy. a lot



ini adelah edisi riang ria bersama makcik suami then 2 org adik ipar aku.



Raya tahun lepas aku sambut berdua untuk pertama kali tahun ni aku sambut bertiga setengah hehehe.. ape yg tak seronoknya tahun ini aku ditimpa sakit gatal2 yg keterlaluan. tak taula dapat dari mana seminggu deritanya pergi hospital doktor pun bising kenapa lambat dtg die inject ngan bagi ubat gatal..org tua2 kata dah nak bersalin lagi satu pembawakan budak mmg macam-macam boleh jadi.aku tak risau ttg aku tapi aku risau yg dlm ni takut apa-apa yg tak diingini jangkit dengan die skali.tapi sbb ramai yg nasihat dan tenangkan aku jadi aku kene positif baby takde apa-apa ini cuma pembawakan budak sahaja..skrg alhamdulillah kurang dah gatalnya  cuma tinggal bekas-bekas luka sahaja aku harap kawan-kawan doakan kesihatan aku ya. ;') ... menjadi bakal ibu buat aku banyak berubah perasaan tu lebih kepada sensitif dari biasa.sekian itu sahaja nanti kite cite lagi ttg perasaan ya.
Published with Blogger-droid v2.0.6

3 ulasan:

Syazni Shamsir berkata...

selamat hari raya darling!!...

wah!!mesti darling excited kan...
saya pulak yg teruja...huhuhu...

moga selamat semuanya....Amin

bulan darling berkata...

selamat hari raya jugak syazni..
excited campur seram pon ade ni hehehe doakan fasya ye..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, Tahniah atas pregnancy awak. Kalau nak sewa buaian berendoi, boleh la carik kat www.facebook.com/BABYnMeMsia