Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ahad, 24 Jun 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN



 Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning ...si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

♥♥ Da habis baca, Jgn lupa tekan share ye.. sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut bby ♥♥
See More

Khamis, 21 Jun 2012

Gula-gula mengandung.

Inila rutin aku sejak mengandung lepas je sarapan ini adelah perkara wajib menyusun ubat yang satu tupperware tu kendian susun ikot kebesaran ubat. banyakkkkan?







Baguskan? beratur ikot barisan aku akan makan yg besar dulu barula yg cinonet cinonet tu huhuhuh kadang2 tercekik cekik nak telan . takpela demi anak.

Published with Blogger-droid v2.0.4

khasiat Buah Delima

Ini adelah serumpun buah delima =) sekarang mmg aku ketagih makan ini. buah mahal ini banyak khasiat nye untuk ibu mengandung. Kelmarin terbeli yg masam nampak mmg merah menyala isinya tapi masam tapi sedap hah camne tu.. sebijik RM12.00 besar puas makan. yg ini isi nye separuh lagi separuh aku dah bedal dulu..


Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.

Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Bagi ibu mengandung Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:
  • menghalang pembentukan sel kanser
  • mencantikkan kulit
  • mencegah dr nyanyuk
  • memberi tenaga
  • elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
  • elok utk sistem penghadaman
  • mengurangkan berat badan
  • prevent morning sickness( utk org mengandung)
  • memperelokkan rahim
  • dan lain-lain
Jadi bagi kawankawan kesayangan sekalian ya aku tahu buah ini agak mahal tapi untuk kesihatan baby dan juga mummy nye takpela melabur sikit untuk baby =).tak pon aku bg korang tips beli buah ni jgn kongsi ngan sape2 sure tahan seminggu hari2 makan suku dari pada buah tu =) selamat berjimat hehehehee

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 20 Jun 2012

kandungan berat dalam kandungan

selalu rasa heran kenape perot mcm terlalu besar.



1.Berat baby : 2.5 – 3.5 kg
2.Pertambahan berat payudara & punggung mamanye : 0.4 – 0.8kg
3.Pertambahan darah mummynye: 2 – 2.3 kg
4.Lemak mummynye: 2-3 kg
5.Pertambahan cecair badan mummynye : 0.5 – 1kg
6. Pertambahan berat rahim : 1 – 2.3 kg
7. Uri : 1 – 1.4 kg
8. Air ketuban : 1 – 1.4 kg

jadi tak perlu heranla kenape la perut besar sgt selamat ke baby if kita tertido terhimpit die ke ape ke kan. insyaallah selamat baby kan dlm kantung dan banyak bende dlm kantung tu skali utk lindung dia. =)


Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 19 Jun 2012

INFO TENTANG PERGERAKAN BAYI

SUMBER DARI BABYCENTER.

Apakah yang bayi dalam kandungan buat di dalam itu?

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.

Dari minggu ke-20 hingga ke-24

Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.

Dari minggu ke-24 hingga ke-28

Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750ml yang membolehkan bayi bergerak secara bebas.

Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.

Pada minggu ke-29

Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32

Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.

Dalam lingkungan minggu ke-36

Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut.

Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.

Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

Baca lebih lanjut mengenai bagaimana tahu bila sudah tiba masa bersalin.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40

Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan

Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. (Sekiranya ini tidak berlaku, nasihat lanjut boleh diperolehi tentang bagaimana meletakkan bayi anda dalam posisi optimum untuk kelahiran.)

Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
  • Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks.
  • Halakan bunyi musik ke perut anda.
Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari.

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.

ubi sira gula kabung

Aku rase semua org pernah makan ubi sira gula.. heheehe ini semua penangan tengok masterchef selebriti ade satu hari tu chef ape ntah masak bende lain tapi aku terbayangkan ubi sira gula yang menyayat hati. haih.. aku tahan dari minggu lepas nak makan cuz isnin lepas kan aku check up jadi baru semalam la aku dapat makan hehehehe.

Jejaka idaman kesayangan aku ini jadi mangsa tukang kopek ubi sebab aku ngan baby yang nak makan jadi die la kene kopek.. sambil kopek die nyanyi ubi ohh ubii dok ulang nyanyi tu je..

tukang masak utama harusla org dibawah ini hihihi puan sam hehehe
sampai die pon heran slalu nye org ngidam skali skale ni aku tiap2 tiap minggu ade je bende di idamnye HAHAHAHAHAHA nasibla ibu..love u ibuu hehhee



tadaaaaaaa seksi kan? sila menangis secara berjemaah T____T ubi ni sebenarnye tak elok makan waktu mengandung cuz angin tapi teringin punye pasal hehehe tapi sampai ke malamla perot sebu bangun pagi pun sakit badan ngan letih yang keterlaluan mungkin disebabkan ubi oh ubi takpelaaa asalkan lepass ape yang diidam hehehehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

Stailista keluaran june 2012

If nampak majalah ni depan die gambar budak cantik dua orang ni korang beli yeeee heheheh sebab ada gambar aku dalam die HAHAHAHAHA dah membuyung barula keluar majalah pasal perkahwinan haih hehhehee takpe boleh simpan buat kenangan bagi tunjuk kat anak2 klo ade rezeki ke cucu2 nanti mungkin heheheh jauhh berangan ni.








Published with Blogger-droid v2.0.6

Isnin, 18 Jun 2012

scan 26minggu. hisap jari.





Alhamdulillah si anak sehat walafiat dan menunjuk perangai waktu doktor hamid scan perot aku petang tadi.
Memule doktor ukur kepala lepas tu die terus scan bahagian muke ngan badan mulenye si anak diam.aku tgk jantung die je yg berdup dap. Terlintas kat kepala.aku mane la.tangan si anak.ni..betul2 aku habis ckp die terus angkat tangan die masuk.dlm mulut..alahaiii terharu pun ade. Lapar agaknye yela appointment pukul 2.30 aku mmg saje taknak makan dulu cuz doktor sure nak check air kencingkan  tunggu punye tunggu giliran kiteorg pukul 4 haih mmg kebulur laa. Die hisap jari dia..nampak jelas lidah die.sesekali die mcm tersedu..
Doktor pon gelak tengok siap.cakap eh eh budak ni.dlm perot dah hisap jari..
Haih ape apela anak.asalkan sihat dan sempurna sifat.itu paling penting.
Kawankawan yang budiman doakan aku dan baby terus sehat ya...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Khamis, 14 Jun 2012

fesyen preggy versi 1

Sepanjang Preggy ibu org paling sebuk bab pakaian aku. die nak aku pakai yang elok2 sweet2 je time preggy ni. layankan je..die klo nampak aku pakai baju lama2 yg buruk2 die punye meleter haih sanggupla korang bogel time tu jugak hahaha .. kebanyakkan baju preggy aku mmg disponsor habis oleh ibu pakai duit ayah hahahaha (akukan pisau cukur korang jgn lupa bab tu) seperti yg sedia maklum semua baju mengandung payah nak cari yg fit-fit yg cantik nak di pakai. klo ade yg cantik sure sama ada tak muat atau terlalu overexposed seksinye.. jadi tiap kali ibu beli baju sure die outer tambah mcm2 aksesori tambahan. contoh paling baru baju bawah ni. baju ni dah 50% diubah suai oleh ibu. betul klo tidak baju ni omakk aii takut nak balik umah mentua seksi sangat hehehe

                     
             ibu pasang reben yang boleh direbenkan badan aku depan dan belakang canggihkannn



lengan baju pon ibu tambah jangan bagi nampak tiak yang cantik tu =_='


baju ni sebenarnye luas lehernye ibu outer kecikkan pastu ibu tambah butang bagi nampak cam comel comella pastu ibu tambah reben yg mcm aku cakap suke hati nak ikat blakang atau depan.

ok la sekian nanti aku upload lagi pasal baju eh eh. klo tak suke entry ni takpe aku nak simpan buat koleksi bile dah abes2 pantang bila anak dah lahir dah besar dah faham aku boleh tunjuk kat die betapa kreatifnye Onnie nye itu =)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 11 Jun 2012

majlis berendoi ratu mia laura


Semalam Majlis cukur jambul anak buah aku yang perempuan pulak. majlis yang meriah dengan makanannya dengan tukang endoi2 nye siap ade bawak alat musik jadi takdela mcm boring siap ada nyanyi2 =) sampai rase nak joget hahhaha

 
Pelamin Berendoi =)


Ibu dengan pengantin Ratu mia laura sian die baru baik dari kene chiken pop.. 




sanggup berdiri atas kusi semata2 nak nengok org berendoi hahaha dasar buyung tak sedar diri. ahahaah



Practice make Perfect right =) sabar ya abang ..



sesi membuli anak pakcik hahaha hi siti iqbal darwish =)

pengantin lenjan tido atas buaian yg disewa mahal hehee




Ahad, 10 Jun 2012

cukur jambul iqbal darwish

Majlis ni berlangsung dah dekat sebulan kot hahahaha aku baru bermood nak belog hari ni.. maafla ye.. budak kecik ni cousin aku mean bapak die yg pakcik akula.. ini aku nak share majlis berendoi pesen anak lelaki ya.. semua bende  dekorasi dieorg buat sendiri =)








comel kan anak cousin aku =) iqbal darwish nak dekat 5tahun pakcik aku tunggu untuk dapatkan dia... sangat sangat tabah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

selamat pengantin baru

Selamat pengantin baru zuwajir dan pasangannya mizza. :) selamat lagi sorang geng lepak kawen. .next..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 8 Jun 2012

kandungan 6 bulan.

hi Kami sudah 6 bulan membesar sehat sungguh kami kan T____T ini gambar fresh dari oven baru je tangkap tgh hari tadi setelah di request oleh seorang kawan yg jauh dimata tetapi akhirnye digelakkannye muke aku sbb sgt temban dan penoh... ok slalunye aku salahkan tudung sbb selalu menyempitkan dan mengumpul lemak2 dimuka aku muhahaha

Pada yang heran kenape aku mengembang dengan pesat nya adelah kerana aku dikurniakan rezeki yang amat murah dan suami yang sgt sgt sgt sgt rajin melayan kehendak anak tekak aku ehh salah anak dlm perut aku ni hihihihihi jika apa yang aku hendak or teringin sgt sgt tak dapat maka berlaku la drama airmata batu belah batu bertangkup..maka huru hara la rumah selalunye bila aku dah merajuk nak makan..(kenape aku mcm rase dah jadi king kong bile nak makan mengamok saje bile tak dapat..) ini adelah diantara sebahagian sebab musabab kenapa aku membesar dengan jayanyaaaaa hehehehe ini baru sebahagian yaaa.. ini makanan yg telah aku makan utk bulan ini..antara yang menarikla.. hehehehe
si gagah ini encik durian nyumnyumnyum aku dilarang doktor makan durian jadi since ngandung tak pernah dapat tapi org asik post kat fesbuk pasal durian gambar2 si gagah ini besar terpampang kat fesbuk maka aku pon buat drama yg macam 3 janji tu ..suruh suami beli dan aku janji makan 3 ulas sahajaaaaa tapi bila dah depan mataaa tang tang tanggg aku terlebih ulas ulasnyee hahahahahaha... ini durian seksyen 25. family dah jadi regular customer jadi die takkan berani bg yg tak elok kat kami kami ini..

ini pula paprik campur dkt kolam udang pancing dekat seksyen 25...masakan lain semua tak sedap kecuali paprik campur die nan satu ni je yg the best. klo mintak masakkan lauk lain hah kelaut rasenye menangisss..

ini si seksi sizzling mee emak mentua sgt sgt sgt suke mee ni aku pon jadi tergemar mee ni tapi mee kat giant besar 13 je aku rase sedap klo kat tempat lain slalu rase die mcm kurengggg..

hah ni kegemaran terbaru abc edisi es kepal ... di jual di kiosk dibuat oleh sopi hehehe jadi dah macam kiosk sendiri aku boleh mintak ape nak lebih2 pon hehehe
                                                  ini mee kari versi only mee sedapppppppp

si hitam mmanis ini stizzer black papper stck yg mmg aku gilakan dr awal mengandung lagi sanggup pergi uptown damanasara if ss222 tutup..ini paling pening suami nak layan hihihihi bukan suami je satu rumah pon pening  hehehe
ok ini aku lupe name die ape beli kat empire sedapp beli dekat the loaf kot aku pon dah lupe..

ok ini sahaja sari berita kurang penting dari saya oleh kerana dr tadi asik taip pasal makanan je tetibe aku rasse nak sgt sgt  sgt makan stizzer balik ni.. hai suamiiiiiiii plissssss hihihihi
Published with Blogger-droid v2.0.4