Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Isnin, 30 Julai 2012

kandungan 8bulan 32minggu

Assalammualaikum kandungan aku dah masuk 8bulan tepat hari ini.. alhamdulillah setakat ni takde ape2 alahan teruk yg aku kene hadap sepanjang tempoh mengandung ni laa..itu yg perot akumembesar bagai johan tu semua aku boleh makan hehehe. kebetulan akhir 7 bulan ngan 8bulan kita semua menyambut puasa . Salam Ramadhan kawan-kawan semua. aku pon alhamdulillah setakat ni boleh berpuasa cuma masa hari pertama je aku lembik termasuk hari ini sbb aku tak minum susu masa sahur. serius bagi yg mengandung klo nak kekal kuat dan tak lapar sgt masa mengandung ni minum la susu masa sahur mcm aku amalkan sebelum makan nasi minum susu HL (alaa yg 7eleven slalu jual tu) segelas besar kdg2 lebih sikit. lepas tu makan kurma jugak utk tenaga manisankan jadi adela tenaga. barula makan nasi dgn lauk fresh2 yg ibu masak setiap pagi hehehe (aku guna alasan ngandung utk elak masak waktu subuh tak larat woo T__T lagipun sejak ngandung ni ape aku masak semua punah tak jadi) ok kembali ke cerita asal.lepas makan nasi pulun la air masak byk2 sampai kembong HAHAHA. buah pon klo ade korang makan jugak. mmg sahur kali ni aku sahur bersungguh2 sebab makan untuk si sayang dalam perut ni sekali kan hehehe.. kenapa aku kuatkan hati utk berpuasa jugak time preggy ni? mula2 mcm risau jugak ok ke baby klo aku puasa tak ape2 ke die? lepas dengar nasihat dari kawan opis aku mcm lega la. die kata if puasa memudaratkan mummynye Wajib berbuka tapi if berbuka/tak puase sbb risaukan baby dlm perut Wajib berpuasa. sbb kuatnya baby kita bergantung pada kesihatan kita.Sebenarnye aku bukan la seorang yang kuat berpuasa kawan-kawan yg dah lama kenal aku faham la peel aku mcm mane tapi semenjak preggy ni semangat die lain semua nye pon lain =) kawan-kawan doakan la yang terbaik buat kami berdua yaa.. hanya tuhan ja dapat membalasnya.




Percaya atau tidak tiap kali aku g mana2 pun bila jumpa org then tanya aku berapa bulan bile aku ckp aku dah sekian sekian bulan sure dieorg terkejut katanya besar sgt. maybe kembar dlm tu. hmm aku  tiap kali scan mmg baby nye sorang je. takde plak  kawan die ke ape. ape-ape pon aku harap aku kekal sehat tik tok tik tok huih lagi 8minggu nak bersalin.. blur terus...


p/s: fesbuk aku still deactive sebenarnye tapi aku tak tau la kenape tiap kali aku buka fesbuk suami aku nampak page aku tak deactive pon haih takpe lagi 20 hari camtu aku menganas balikla kat fesbuk tu  he hu hi.


Published with Blogger-droid v2.0.6

Ahad, 29 Julai 2012

YM




Sejak dah jadi pemalas kuasa 2 ni.semua keje aku nak senang.ini la kesenangan paling nikmat hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 27 Julai 2012

lagu buat suami

I love u Mohd Farridh.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 24 Julai 2012

Addicted Running man

Sejak mengandung aku sangat-sangat suka tengok variety show Running Man. Pantang masa terluang ini la benda yang ku hadap. terkuk kek kuk kek gelak sorang2 sampai semua org pon bising Hahahaha pelik nape dieorg nak bising aku bukan tengok cite sedih2 nangis2 kan ke mengandung kita kene gelak2 bagi mood jadi positive =) nanti baby dalam perot pon ikot positive (kuatkan alasan aku?)

sebelum ni aku dok tunggu je bila la nak hari khamis sbb cite ni setiap khamis 6.30 ptg itu kalau aku bernasib baik dpt la aku tengok dgn super gembiranya tapi kalau ada org jangan harap aku dapat bukak channel ni T__T cuz cite ni aku sorang je layan walaupun sikit2 aku tarik suami aku tengok jugak dan die pin kadang2 tergauk tengok jugak hahahah

since aku dah jumpa satu belog yang ada cerita ni dr first episode siap ade subtitle almaklumla cite korea mane la aku fahamkan klo takde subtitle hehehee sejak hari tu betapa GUMBIRA nya hidup aku hehehee bateri hp abes disebab kan ini je selalunye. tiada lagi pergaduhan suami seisteri or seanak beranak berebut channel tv ngan aku hehehehee






p/s: cuma suami risau sikit takut kalau si anak yg akan keluar rupa korea mata sepet hehehe.. nasib la abg oi hahaha asalkan bini mu ini bahagiaaaaa ...

Diet Cara Rasulullah S.A.W

Ini just nak share dengan kawan-kawan belog aku copy dan paste dari email.

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tidak boleh makan sesuka hati kita sahaja. Inilah penyebab terjadinya pelbagai penyakit antaranya kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.


Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah SAW tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana baginda pandai menjaga makannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, anda tidak akan menderita sakit perut atau keracunan makanan.


Jangan makan
SUSU bersama DAGING

Jangan makan
DAGING bersama IKAN

Jangan makan
IKAN bersama SUSU

Jangan makan
AYAM bersama SUSU

Jangan makan
IKAN bersama TELUR

Jangan makan
IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan
SUSU bersama CUKA

Jangan makan
BUAH bersama SUSU (Contoh: Koktel)


CARA MAKAN

    Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
    Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
    Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Nampak memang sulit tetapi kalau tidak percaya, cubalah. Kesannya tidak dalam jangka pendek? Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.


Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-. Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan, maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.


Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan-amalan lain antaranya:

Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar daripada sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim sejenis alat percerna makanan).

Baby expo 2012

Akhirnye ade dpt ngak iklan baby expo. ini kalau dapat pergi maybe last shopping sblm bersalin cuz aku dah hujung2 je ni. tapi tula bulan puasa larat ke aku? haih.

Jumaat, 20 Julai 2012

ayam masak merah kesedapan

Ini adelah kak maziah geng salah sorang Geng bas sekolah masa kat unit exam dulu. ni salah satu gambar cover cun die sopan kan????

 4org perempuan ni geng bas sekolah masa kat unit exam
 dan ini adelah perangai sebenar die tak senonoh punye kak maz.
The end sebenarnye aku highlight kan cite pasal kak maz ni pasal die telah berjaya membuat ayam masak merah paling sedap yang pernah aku makan. masakan kak maz =) hehehee teringin sgt dari masa mule2 mengandung lagi tapi die busy semalam baru die sempat nak buat akhirnye hilang rasa kempunan hehehehe

sekelip mata je dah licinn sedap sgt sgt sgt
P/s: rindu kat kawan-kawan unit exam sebenarnye mane 2 pon uitm campak aku ni. aku happy je semua tempat ade kawan baru ada geng baru ada kenangan yg boleh aku simpan =) tetibe sejak masuk uitm ni aku ade kawan merata2 tempat. nanti klo aku ade mase aku nak upload kenangan masa kat unit exam =)

Published with Blogger-droid v2.0.6

JIMBIT PURPLE SANDING(LAST PART)

Dengan perasaan malas nye akhirnye dpt jugak aku upload last part si jimbit pepel ni kawen pulak hehehehe

mmg saje aku sabotaj gambar buruk ko ra sebab mase aku kawen ko upload gmbr buruk aku..
aku tak make up pon langsung tak make up maybe hormon ngandung pipi aku merah semula jadi or sbb bilik ko panas ra?? terbakar aku muhahaha

cantek kan sepupu jimbit aku ni.






ini adelah bakal maksu aku yg tgh2 tu insyaallah ye paksuu

paksu mmg nak bawak bakal maksu ni dtg tapi die seram nak bawak bukan sbb takut kakak2 die yg ramai ni interview tapi die takut abg abg ipar die yg ni nak test power dulu hahahha nasib la poksuuu..
bersama-sama makcik2 dan cousin2 yg sejimbit.
me and miamor yg sama naik ngan aku..

sekian habes sudah cerita tentang kawen sepupu ni lepas ni nak mengadap kawen adik ipar pulak tapi maybe time tu aku dalam pantang T______T

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 17 Julai 2012

jimbit purple berinai pulak.

ini adelah versi aku malas berkata-kata cuma kongsi gambar jaaaa yang lain buat ayat sendiri yaaaaa







ayah versi tak reti duduk diam.
ayah versi kene marah suruh duduk diam hahaha


sang ratu ternganga tunggu cousin die dlm perot keluar..




Published with Blogger-droid v2.0.6

NIKAH SIJIMBIT PURPLE PART 2



my nyummy ibu.

ini adelah versi gambar tanpe cakap malas nak nulis saja share gambar buat kenangan..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 11 Julai 2012

jimbit pepel kawen part 1

Minggu lepas majlis Perkahwinan sepupu aku si jimbit pepel nurul azreen fara. meriah ok lauk sedap ade eskem ade cendoii yg penting suami die tokey otak-otak jadi adela otak-otak stall yg diberi nama otak otak ku fara.. erkkk kenape aku tetibe teringat cite hantu kak limah?????
ini dua orang yang hensem satu belom mandi satu sudah mandi. haih comel an.
pepagi majlis khatam quran. abaikan muke aku yg mmg takkan suke make up sejak ngandung2 ni hehehe


bilik Perantin lovely kan =)

majlis nikah lepas asar dekat masjid negeri boleh tengok muke si kuku bertaik ini nebess erk ko tau nebes ke ra?



Tiap kali die tangkap gambar sure buat mulut itik die ni rase nak bg kaki je! ape2 pun die sgt sgt cantik masa majlis kawen die. sudah jadi Puan Fara. love u ra..
Published with Blogger-droid v2.0.6